Make your own free website on Tripod.com

Apa itu Sains Sukan

Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. IOa merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan :

    Apakah sukan yang sesuai bagi diri saya
    Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting
    Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya
    Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang
    Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan
    Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang juara
    Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik
    Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya

Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan.

Bidang Sains Sukan

    Biomakanik
    Sains kajian pergerakan manusia mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum.

    Fisiologi
    Bidang yang mengkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil dari senaman.

    Psikologi sukan
    Menkaji faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan.

    Sosiologi sukan
    Bidang yang membincangkan pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang atlit.

    Perubatan sukan.
    Bidang yang dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Disamping itu bidang ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan.

    Pelaziman sukan
    Kaedah mempelajari teknik dan tektik dalam sukan dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sains sukan. Berbagai kaedah latihan sukan dibincangkan dalam bidang ini.

 

 KESAN LATIHAN

 PERANAN PENGURUS